Jumaat, 22 April 2011

hari raya 2010

hari raya 2010

From my dear hunny

my dream car

This is my second dream car. however i m still waiting my first dream car " merch compressor sport" But i dont know when i can get it. n who will give it to me....

Selasa, 29 Jun 2010

selamat bertemu kembali dalam bicara tanpa suara ini. Dah lama rasanya aku tidak mencoretkan bicara disini.... Apapun ingin dikhabarkan...inilah sahabat2 baru ku di arena 2010 kat sekolah baru ni.SK BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH MELAKA.
Disinilah segalanya bermula sebuah lagi kehidupan baru..pengalaman baru yang wajib aku ditimba di tempat baru ni.... tak taulah aku...mampukah aku mengharunginya setelah hampir 11 tahun aku berada di zon selesa. Apa yang penting kena tempuh jugak ni......semoga aku menjadi orang yang tabah...

Selasa, 19 Januari 2010

sekilas renungan muhasabah diri....

Assalammualaikum....rakan taulan dan sahabat handai yang dikasihi ..semoga sentiasa beroleh rahmat dan hidayah berpanjangan dari Allah hendaknya. Bersua kembali di bicara tanpa suara ini biarpun cuma kadangkala. Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberikan peluang dan ruang untuk kita bersama di maya ini. Semoga kehadiran 2010 ini akan menjadikan insan yang lebih tabah, sabar dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Khususnya dalam menghadapi setiap godaan dan hawa nafsu keduniaan semata-mata. Sama-sama kita semua berusaha meningkatkan peluang dan ruang yang Allah berikan ini untuk meningkatkan tahap keimanan kita di samping kita berusaha jua untuk menjadi insan cemerlang. "Cemerlang diDunia, Gemilang di akhirat"..amin..............

Isnin, 5 Oktober 2009

dah lama tak edit blog ni....


assalammualaikum..... Maaflah dah lama i x mencoretkan sesuatu di laman ni...dek kerana terlalu bz dan membzkan dirilah katakan....tambahanpula idea sekarang ni memag tiada. asyik dok fikir hal kerja dan anak murid jer...jadual sabtu dan ahad pun dah penuh. KAlu dulu setiap sabtu ahad sebok dengan kuliah di UTM. Tapi seok lak dengan kelas mengaji di Amna Habibi. Emmmm itulah keadaan. Terkejar2 dengan masa.. Kekadang tu rasa 24jam yang diberi oleh Allah dalam sehari tu cam tak cukup jer.....itulah lumrah manusia...selalu tak cukup dengan apa yang telah dianugerahkan....nak buat cam nerkan....???namapun manusia. Nantilah ada masa yang betul2..i akan corekan lagi di sini. Buat ketika nini mmeng tak berkesempatan.... kerjaya diutamakan.....periuk nasik didahulukan....

dah lama tak edit blog ni....

Jumaat, 10 Julai 2009

PERKEMBANGAN AMNAHABIBI

Hari ini genaplah sebulan amnahabibi beroperasi. Alhamdulillah.... sambutan memang ada. Cuma ianya tidaklah sehangat sambutan menyertai kelas Akademik Fantasia. Tak mengapa..... inilah resam dunia.. Apa yang penting..kita kuatkan tekad dan semangat. Secara pribadinya aku memng seronok dan rasa bahagia, kerana dapat menghabiskan waktu ku dihujung minggu dengan bersama amnahabibi.Kalu dulu setiap sabtu dan ahad, aku akan berkejar ker UTM kuala Lumpur untuk mengikuti kuliah. Tapi kini segalanya berubah....aku bersama amnahabibi. Aku rasakan pelangi ku berwarna kembali berseri...jiwaku bertambah tenang.... inilah salah satu caranya usaha aku meningkatkan keimanan ku yang sememangya setipis kulit bawang. Ianya juga satu usaha aku membantu diriku dan insan yang memerlukan bimbingan.....

Isnin, 25 Mei 2009

JOM MENGAJI BERSAMA AMNAHABIBI

Pakej yang ditawarkan:
Kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.
Kelas Iqra dan Quran
Kelas Pintar Jawi
kelas bahasa Arab komunikasi


Terbuka kepada siapa????
kanak-kanak berusia 3 - 16 tahun (lelaki/perempuan
dewasa - kelas bahasa arab




Target yang hendak dicapai :

1. Lancar dan hafaz bacaan– bacaan dalam solat.
2. Lancar dan Hafaz doa dan zikir selepas solat
3. Melakukan wuduk dengan betul dan tertib.
4. Melakukan amali solat dengan betul.
5. Mengetahui cara-cara beristinjak menurut islam6
6.lancar membaca dan menulis jawi dengan seni khat
7. Bertutur dengan bahasa arab harian

Klinik Pintar Jawi
baca jawi lancar·
Tulisan jawi cantik
Turget yang hendak dicapai
1. Boleh mengenal dan menyebut huruf jawi.
2. Boleh membaca jawi dan mengeja jawi dengan lancar.
3. Boleh menulis dengan tulisan jawi yang cantik dan berseni khat.

Klinik Iqra dan Quran
Iqra’ 1—6·
Quran juzuk 1—30·

Hafazan ayat-ayat lazim dari juzuk Amma.
Target Yang hendak dicapai:
1) Membaca al Quran / Iqra’ dengan makhraj yang betul dan bertajwid.
2) Membaca dengan lancar/fasih surah lazim dalam solat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

MATLAMAT KELINIK KAMI.....
Adalah untuk mendidik anak-anak :
1. Cara yang betul dalam mendirikan Solat termasuk dari segi praktikal dan bacaannya.
2. Membudayakan membaca al Quran.
3. membaca ayat-ayat lazim dalam juzuk Amma dengan lancar dan fasih.
4. Mencintai dan mengunakan bacaan/tulisan jawi
5. Mengetahui asas bahasa arab sebagai bahasa al Quran.

PENYERTAAN.....SIAPA YANG BERMINAT.....
1.Terbuka kepada lelaki /Perempuan Pelajar Sekolah Rendah/Menengah
2.Anak-anak Kurang mengenal dan kurang lancar bacaan al-Quran
3.kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 16 tahun.
4.Berminat untuk melancarkan ayat-ayat lazim dan juzuk Amma.


YURAN PENDAFTARAN: RM : 20.00 YURAN BULAN : RM 30.00

KHIDMAT TAMBAHAN: -KHIDMAT KERJAYA -CERAMAH MOTIVASI


Anda Berminat???

untuk maklumat lanjut sila hubungi no hp: 0196622452/0176881896

Kelas akan dimulakan pada : 13 Jun 2009 - 29 ogos 2009(siri pertama)

Sabtu, 21 Mac 2009

Tatkala senja melabohkan tirainya.....ku teringat ungkapan kata yang ditinggalkan al Ghazali :
"Jadilah seperti mentari, yang menerangi dirinya sekaligus menerangi diri orang lain. JAdilah seperti kasturi yang mengharumi dirinya sekaligus mengharumkan orang lain".
Lantas aku teringat peribahasa melayu : "Guru ibarat lilin".......maka fikirkanlah......nasib lilin dan nasib guru.......???????????
Apapun, ku pegang kata-kata al Ghazali yang di atas tadi.