Isnin, 5 Oktober 2009

dah lama tak edit blog ni....


assalammualaikum..... Maaflah dah lama i x mencoretkan sesuatu di laman ni...dek kerana terlalu bz dan membzkan dirilah katakan....tambahanpula idea sekarang ni memag tiada. asyik dok fikir hal kerja dan anak murid jer...jadual sabtu dan ahad pun dah penuh. KAlu dulu setiap sabtu ahad sebok dengan kuliah di UTM. Tapi seok lak dengan kelas mengaji di Amna Habibi. Emmmm itulah keadaan. Terkejar2 dengan masa.. Kekadang tu rasa 24jam yang diberi oleh Allah dalam sehari tu cam tak cukup jer.....itulah lumrah manusia...selalu tak cukup dengan apa yang telah dianugerahkan....nak buat cam nerkan....???namapun manusia. Nantilah ada masa yang betul2..i akan corekan lagi di sini. Buat ketika nini mmeng tak berkesempatan.... kerjaya diutamakan.....periuk nasik didahulukan....

dah lama tak edit blog ni....

Jumaat, 10 Julai 2009

PERKEMBANGAN AMNAHABIBI

Hari ini genaplah sebulan amnahabibi beroperasi. Alhamdulillah.... sambutan memang ada. Cuma ianya tidaklah sehangat sambutan menyertai kelas Akademik Fantasia. Tak mengapa..... inilah resam dunia.. Apa yang penting..kita kuatkan tekad dan semangat. Secara pribadinya aku memng seronok dan rasa bahagia, kerana dapat menghabiskan waktu ku dihujung minggu dengan bersama amnahabibi.Kalu dulu setiap sabtu dan ahad, aku akan berkejar ker UTM kuala Lumpur untuk mengikuti kuliah. Tapi kini segalanya berubah....aku bersama amnahabibi. Aku rasakan pelangi ku berwarna kembali berseri...jiwaku bertambah tenang.... inilah salah satu caranya usaha aku meningkatkan keimanan ku yang sememangya setipis kulit bawang. Ianya juga satu usaha aku membantu diriku dan insan yang memerlukan bimbingan.....

Isnin, 25 Mei 2009

JOM MENGAJI BERSAMA AMNAHABIBI

Pakej yang ditawarkan:
Kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.
Kelas Iqra dan Quran
Kelas Pintar Jawi
kelas bahasa Arab komunikasi


Terbuka kepada siapa????
kanak-kanak berusia 3 - 16 tahun (lelaki/perempuan
dewasa - kelas bahasa arab




Target yang hendak dicapai :

1. Lancar dan hafaz bacaan– bacaan dalam solat.
2. Lancar dan Hafaz doa dan zikir selepas solat
3. Melakukan wuduk dengan betul dan tertib.
4. Melakukan amali solat dengan betul.
5. Mengetahui cara-cara beristinjak menurut islam6
6.lancar membaca dan menulis jawi dengan seni khat
7. Bertutur dengan bahasa arab harian

Klinik Pintar Jawi
baca jawi lancar·
Tulisan jawi cantik
Turget yang hendak dicapai
1. Boleh mengenal dan menyebut huruf jawi.
2. Boleh membaca jawi dan mengeja jawi dengan lancar.
3. Boleh menulis dengan tulisan jawi yang cantik dan berseni khat.

Klinik Iqra dan Quran
Iqra’ 1—6·
Quran juzuk 1—30·

Hafazan ayat-ayat lazim dari juzuk Amma.
Target Yang hendak dicapai:
1) Membaca al Quran / Iqra’ dengan makhraj yang betul dan bertajwid.
2) Membaca dengan lancar/fasih surah lazim dalam solat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

MATLAMAT KELINIK KAMI.....
Adalah untuk mendidik anak-anak :
1. Cara yang betul dalam mendirikan Solat termasuk dari segi praktikal dan bacaannya.
2. Membudayakan membaca al Quran.
3. membaca ayat-ayat lazim dalam juzuk Amma dengan lancar dan fasih.
4. Mencintai dan mengunakan bacaan/tulisan jawi
5. Mengetahui asas bahasa arab sebagai bahasa al Quran.

PENYERTAAN.....SIAPA YANG BERMINAT.....
1.Terbuka kepada lelaki /Perempuan Pelajar Sekolah Rendah/Menengah
2.Anak-anak Kurang mengenal dan kurang lancar bacaan al-Quran
3.kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 16 tahun.
4.Berminat untuk melancarkan ayat-ayat lazim dan juzuk Amma.


YURAN PENDAFTARAN: RM : 20.00 YURAN BULAN : RM 30.00

KHIDMAT TAMBAHAN: -KHIDMAT KERJAYA -CERAMAH MOTIVASI


Anda Berminat???

untuk maklumat lanjut sila hubungi no hp: 0196622452/0176881896

Kelas akan dimulakan pada : 13 Jun 2009 - 29 ogos 2009(siri pertama)

Sabtu, 21 Mac 2009

Tatkala senja melabohkan tirainya.....ku teringat ungkapan kata yang ditinggalkan al Ghazali :
"Jadilah seperti mentari, yang menerangi dirinya sekaligus menerangi diri orang lain. JAdilah seperti kasturi yang mengharumi dirinya sekaligus mengharumkan orang lain".
Lantas aku teringat peribahasa melayu : "Guru ibarat lilin".......maka fikirkanlah......nasib lilin dan nasib guru.......???????????
Apapun, ku pegang kata-kata al Ghazali yang di atas tadi.

Jumaat, 20 Mac 2009

Saat sepi aku aku sendiri, menyusuri kaki langit....mencari warna pelangi....
Alangkah sepi hatiku...saat-saat begini pelangi tidak muncul lagi...Namun mentari setia menerangi.....
Kapankah lagi akan bisa ku temui warna pelangi seperti semalam......
semalam yang berlalu meninggalkan aku sendiri dengan seribu kenangan yang pastinya biarlah aku yang pendam.....Biarlah memori semalam mewarnai kamar hatiku....
Posted by Picasa

Alangkah seronoknya .....................



Ohhhh !!! alangkah seronoknya kalau aku dapat merehat diri seperti mu...... Penat seharian hari ini duduk dirumah mengadap komputer....edik blog PSS ku....tapi hingga saat ini masih tak menjadi jugak.....
Hasrat di hati nak siapkan soalan ujian pun tak kesampaian....
Leka dengan blog dan laman web....Tahlah....apa nak jadi.....
Nak berendam dalam besen ni rasanya tak muat.....
Alalngkah seronoknya kalau jadi seperti si comel ni....


Posted by Picasa

Rabu, 18 Mac 2009



Semalam, perjalanan yang damai menyamankan... udara pagi yang dingin lagi menyegarkan. yelah...setelah sepanjang malam hujan renyai membasahi bumi. Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, saat kereta yang ku pandu mendaki bukit yang berselekoh dan dikelilingi oleh tumbuhan menghijau milik Allah yang punya kuasa... tiba-tiba ku terpandang lingkaran cahaya yang cantik sekali....Subhanallah.... dah lama aku tidak melihat indahnya warna pelangi..... cantik sungguh warna-warni pelangi itu....
Ya Allah, kau hiasilah perjalanan hidupku ini seperti seindahnya warna pelangi.... Walaupun dalam warna pelangi yang unggu itu, suatu ketika dahulu pernah melakarkan hidup sepiku....Tapi itu dahulu... dan aku tidak pernah mengharapkan warna ungu kembali lagi melakarkan kesepian dan kesedihan dalam hidupku lagi... Cukuplah sekali yang dahulu itu....Biarlah warna pelangi yang unggu kini sama menyerlah menjadi penyeri perjalanan waktu ku meniti di kaki langit bersama sinar warna-warna pelangi yang indah.

Rabu, 11 Mac 2009


HIDUP TAK SELALU INDAH... SAMA SEPERTI LANGIT... TAK SELALU CERAH..
SAAT DUKA MEWARNAI KEMELUT HIDUP MU.... AKULAH YANG KAU CARI....
AKULAH YANG KAU TUNGGU.....
AKULAH JUA YANG KAU NANTI.....
AKU JUALAH YANG SERING KAU RINDU....
BIARPUN LIDAH MU KELU.........
NAMUN KU TAU ......
SINAR DI MATAMU MELUAHKAN SERIBU SATU RASA YANG TERBENAM DILUBUK HATIMU....
AKU TAK KESAH... AKU TERIMA, TERIMA ITU SEMUA SEBAGAI RAHMAT BUATKU.... DAN AKU MENYEDARI SEMUANYA.... BIARPUN KITA TAK MUNGKIN BERSATU.... TAPI KITA MASIH MAMPU UNTUK MENJADI SETIA DALAM PERSAHABATAN.....ITULAH YANG TELAH DITAKDIRKAN UNTUK KITA.
TETAPI KEKADANG AKU KECEWA.....AKU JADI MERANA...... MENGAPAKAH INI YNAG TERJADI.....ADA KETIKA WARNA PELANGI BEGITU CANTIK SEKALI.... TAPI TIBA SATU SAAT DAN KETIKA YANG LAIN.... WARNA PELANGI MENJADI DUKA AIRMATA YANG BERDARAH... PARAH DAN NANAR SEKALI....TAPI AKU TAK MAMPU UNTUK MENGUBAH SEGALANYA...AKU REDHO.... TAPI SEJAUH MANA AKU MAMPU UNTUK BERTAHAN BEGINI , AKU TAK PASTI..... TAK MAMPU AKU MENANGISI PERJALANAN HIDUP INI.
BIAR KU TAHU....."KITA TIDAK SEMESTINYA BOLEH MEMPEROLEH APA YANG KITA HAJATI....." ..................YA ALLAH, AKU MOHON..BERILAH KEKUATAN UNTUKKU MENGHADAPI SEMUANYA INI......

Selasa, 10 Mac 2009


PUSAT SUMBER CEMERLANG KU 'D SKRCB'
disinilah segalanya bermula....
disinilah sumber ilhamku .....
disinilah segalanya ada bagiku....
ketenangan, kedamaian, kesungguhan, ketabahan, keriangan, keceriaan,kedukaan dan segala ke.... ada di sini......
ku habiskan hampir 12jam waktuku seharian di sini....
disinilah jua rumahku, sekolahku......
Disini ada segalanya.....kecuali mummy dan daddy ku...
Terimakasih Pusat Sumber SKRCB kerana memberikan aku peluang dan ruang menyumbang idea kreatif dan tenaga aktif ku sehingga kecemerlangan berjaya kau miliki.
seandainya nanti aku pergi dahulu.....
hendaknya, adalah insan yang sudi menjadikan Mu lebih Gemilang lagi.....
Aku tahu.... ramai lagi kengkawan ku yang lebih baik, lebih kreatif dan afektif dari aku....
Ramai kengkawan ku yang sebenarnya mampu untuk menjadikan mu lebih baik, lebih cemerlang, dan lebih gemilang dari apa yang kau miliki hari ini. Cuma barangkali mereka masih MALU untuk menunjukkan keistimewaan mereka...atau mungkin.... aku tidak memberkan peluang kepada mereka...... INSHALLAH nanti akan ku berikan jua kepada mereka merasai nikmatnya bila bersama....Indahnya berada dibawah payunganmu PSS ku....

titipan buat Sheena

Sheena....
lalui kehidupan di mayapada ini dengan kecekalan dan ketabahan hatimu sayang.... Masih terlalu jauh perjalanan hidup ini yang perlu ditempuhi dan dilalui....masih terlalu awal untuk mu melalui segalanya sendiri.Hanya kekuatan jati dirimu menjadi nadi kejayaan untuk mencapai kecemerlangan. Hiasi dirimu sayang dengan keriangan... Itulah penawar buat abah...sheenalah penawar hati abah.... kekuatan buat abah...
mengertilah sayang, sheena masih beruntung, punya abah, kakak,abang dan auntie G yang sentiasa bersamamu..... Usah risau dan sedih.... Kuatkan semangat dan tekat untuk terus hidup dengan jayanya. Hidup mesti diteruskan...selagi hayat di kandung badan.
Sheena, Kiranya ada bicara untuk dikongsi bersama auntie ada ... jangan risau...
Kita sama-sama lalui kehidupan ini.. Kita kongsi pengalaman dan perasaan. Kita tempuhi kehidupan ini untuk beroleh keredhoan ILLAHI. Bersama-sama kita berdoa semoga ALLAH sentiasa memelihara silaturrahim kita.
Sheena sayang,
"jadikanlah yang tebal itu IMAN, yang Nipis itu LIDAH,yang TAjam Itu AKAL,yang lembut itu HATI, yang ringan itu SOLAT,yang halus itu SUARA, dan yang Manis itu Senyuman...keinsafan dan kesyukuran sentiasa di hati kita hendaknya".

aku ingin menjadi......

Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah
Yang setia dan tabah dengan sebuah Cinta Putih
Aku ingin menjadi seperti Siti Aisyah
Yang anggun penuh setia.
Tanpa rasa goyah
seperti puteri solehah Siti Fatimah
yang agung tanpa lelah
setiap perintah...
Bukannya aku ingin menjadi pengoda fitnah
seperti dalam sejarah Siti Zulaikha

Waktu menjadi marah,
aku ingin mengutip serpihan sabar
yang menyerlah dari catatan
hidup Siti Sarah.

tapi aku ingin membeku tabah
seperti Siti Hajar
Mengendong puteranya
yang masih merah
Di tengah terik padang pasir

Rela aku menjadi perempuan Solehah
yang mati dalam keunggulan iman
Terpancang gagah bagaikan
Harumya pusara Siti Mashitah.....

pelangi hidupku






IMac 2009...baru saja berlalu..... bererti bertambah satu lagi angka dalam usia ku.....bertambah jua lagi segalanya.... 2009 yang hadir baru beberapa ketika... tapi telah mencoretkan berbagai warna-warna pelangi dalam hidupku.....kekadang aku rasa gembira dengan laluan yang aku lalui...Satu saat dan ketika yang telah ku temui ada ketikanya begitu menyedihkan dan memilukan. kekadang aku jadi takut dan ngeri....Mengapakah segalanya kini terjadi dengan begitu drastik sekali....Aku keliru.... Aku takut... dalam kekeliruan ini aku tersilap mengatur langkah. Tersilap menyusuri tapak.... tersasar dek kerana mengejar warna pelangi.....
Ya Allah!!! berilah aku kekuatan, berilah aku petunjuk Mu ya ALLAH....
Tapi tahun ini paling aku sedih.....
1)Tiada seorangpun disekelilingku ucap untuk ulang tahun kelahiranku. Memanglah hakikatnya tarikh lahir aku yg tercatat di kad pengenalan itu bukan yang sebenarnya. Menurut arwah dady ku, aku dilahirkan pada 29feb. Tapi dady telah mendaftarkan pada 1 mac. dengan alasan agar aku dapat sambut pada tiap-tiap tahun.....
2) tahun ni aku rasa situasi pengurusan diri dan kerja ku masih belum terurus dengan sebenar-benarnya.Terlalu banyak situasi baru aku kena hadapi dan lalui.
3) Aku baru kehilangan seorang dari sahabat, tanpa diduga..... semuanya kehendak ALLAH. hanya Allah yang berhak atas segalanya.Semoga ronya dicucuri rahmat.

Isnin, 9 Mac 2009

Apakah ertinya senyuman mu itu..........



Hidup ini penuh dengan pelbagai karenah, watak, lakonan, dan tipu daya. Terlalu banyak ..... tak terungkai oleh jari jemari ini untuk mengungkainya satu persatu. Namun itu semua ku anggap sebagai satu warna2 pelangi yang mewarnai kehidupan di bumi ini yang cuma seketika........Semalam .............aku menerima sebuah senyuman dari seorang lelaki yang tidak ku kenali....Aku menerima senyumannya dengan seribu tanda tanya....SIAPAKAH DIA ??? Cuma...andaian ku, barangkali dia mengenali aku melalui ceramah2 yang sering aku sampaikan...atau barangkali dia adalah peminat ku...emmphhhh PERASAN LAH TU.......!!!Bagiku melalui senyuman juga mampu memancarkan segala kebaikan dalam diri yang tak mungkin dirasai seseorang dalam tempoh yang singkat. Sinaran kebaikan, persahabatan, kejujuran, rasa hormat, kesabaran dan kawalan diri yang tinggi mampu terpancar dengan hanya satu senyuman yang ringkas dan mudah Dan melalui senyuman jugalah manusia seperti aku mudah terpedaya dalam sekelip mata...di tambah dengan tutur bicara yang manis bak gula.....al kisahnyabermula....selepas meghadiri majlis perpisahan di Shah Beach Resort, aku singgah di sebuah stesen patronas berhampiran... setelah selesai mengisi NGV tetiba aku dihampiri oleh seorang lelaki bermotosikal dengan seorang anak kecil yang berdiri di bakul motornya lalu melemparkan senyuman pada ku. Dari renungan matanya dan cara lontaran senyumannya seolah2 dia amat mengenali ku.....Aku biasa saja....Kemudian dengan santun bahasa dan indah susunan tutur bicaranya dia memberi salam dan berkata pada ku;"Kak, boleh beri saya 5 ringgit kak, nak beli nestum anak ni..duit saya tak cukup, sebab motor saya rosak tadi...kena tukar plug kak... tak cukup 5 ringgit jer lagi kak... katanya dengan intonasi yang sedih..."kalau kak tak percaya akak boleh tengok plag motor saya ni....". Tanpa berlengah aku terus menghulurkan duit 5 ringgit padanya. Dia dengan senyum bangga menerima dan mengucapkan terima kasih berkali2. Saat itu aku niatkan apa yang aku berikan tadi adalah satu sedekah....cuma apa yang aku terkilan....rupanya apa dilakunya tadi adalah satu penipuan...bukan aku sorang yang terkena demikian. Ketika aku berhenti di kedai depan stesen patronas tersebut aku dapati pemuda tersebut melakukan perkara yang sama pada kenderaan yang singgah di situ....Persoalannya????? Adakah itu caranya dia mencari rezeki untuk seisi keluarganya???? Sedangkan dia punya keupayaan???? inilah hakikat sebuah kehidupan demi untuk sesudu nestum dan sebotol susu anak...bapa sanggup melakukan apa saja meskipun melalui sebuah senyuman..........Apapun yang pasti rezeki yang diperolehinya hari itu halal selagi orang yang memberinya dengan niat sedekah dan ikhlas....