Isnin, 9 Mac 2009

Apakah ertinya senyuman mu itu..........



Hidup ini penuh dengan pelbagai karenah, watak, lakonan, dan tipu daya. Terlalu banyak ..... tak terungkai oleh jari jemari ini untuk mengungkainya satu persatu. Namun itu semua ku anggap sebagai satu warna2 pelangi yang mewarnai kehidupan di bumi ini yang cuma seketika........Semalam .............aku menerima sebuah senyuman dari seorang lelaki yang tidak ku kenali....Aku menerima senyumannya dengan seribu tanda tanya....SIAPAKAH DIA ??? Cuma...andaian ku, barangkali dia mengenali aku melalui ceramah2 yang sering aku sampaikan...atau barangkali dia adalah peminat ku...emmphhhh PERASAN LAH TU.......!!!Bagiku melalui senyuman juga mampu memancarkan segala kebaikan dalam diri yang tak mungkin dirasai seseorang dalam tempoh yang singkat. Sinaran kebaikan, persahabatan, kejujuran, rasa hormat, kesabaran dan kawalan diri yang tinggi mampu terpancar dengan hanya satu senyuman yang ringkas dan mudah Dan melalui senyuman jugalah manusia seperti aku mudah terpedaya dalam sekelip mata...di tambah dengan tutur bicara yang manis bak gula.....al kisahnyabermula....selepas meghadiri majlis perpisahan di Shah Beach Resort, aku singgah di sebuah stesen patronas berhampiran... setelah selesai mengisi NGV tetiba aku dihampiri oleh seorang lelaki bermotosikal dengan seorang anak kecil yang berdiri di bakul motornya lalu melemparkan senyuman pada ku. Dari renungan matanya dan cara lontaran senyumannya seolah2 dia amat mengenali ku.....Aku biasa saja....Kemudian dengan santun bahasa dan indah susunan tutur bicaranya dia memberi salam dan berkata pada ku;"Kak, boleh beri saya 5 ringgit kak, nak beli nestum anak ni..duit saya tak cukup, sebab motor saya rosak tadi...kena tukar plug kak... tak cukup 5 ringgit jer lagi kak... katanya dengan intonasi yang sedih..."kalau kak tak percaya akak boleh tengok plag motor saya ni....". Tanpa berlengah aku terus menghulurkan duit 5 ringgit padanya. Dia dengan senyum bangga menerima dan mengucapkan terima kasih berkali2. Saat itu aku niatkan apa yang aku berikan tadi adalah satu sedekah....cuma apa yang aku terkilan....rupanya apa dilakunya tadi adalah satu penipuan...bukan aku sorang yang terkena demikian. Ketika aku berhenti di kedai depan stesen patronas tersebut aku dapati pemuda tersebut melakukan perkara yang sama pada kenderaan yang singgah di situ....Persoalannya????? Adakah itu caranya dia mencari rezeki untuk seisi keluarganya???? Sedangkan dia punya keupayaan???? inilah hakikat sebuah kehidupan demi untuk sesudu nestum dan sebotol susu anak...bapa sanggup melakukan apa saja meskipun melalui sebuah senyuman..........Apapun yang pasti rezeki yang diperolehinya hari itu halal selagi orang yang memberinya dengan niat sedekah dan ikhlas....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan